Kerajaan India keluarkan garis panduan permainan video atas talian

Permainan video atas talian adalah trend terkini yang diikuti oleh ramai remaja di serata dunia.

Ini kerana, zaman sekarang sudah mempunyai teknologi peranti mudah alih yang mudah diakses dan di bawa ke mana-mana sahaja.

Selain itu, e-sukan permainan peranti mudah alih seperti Mobile Legends dan PUBG Mobile mengalami peningkatan dari segi wang hadiah lumayan serta level kompetitif Kejohanan itu sendiri.

Pemain profesional juga dijanjikan gaji yang agak lumayan dari organisasi e-sukan.

Menurut kerajaan India, mereka memberikan peringatan kepada ibu bapa dan juga guru supaya memantau aktiviti di atas talian dan juga jumlah masa yang digunakan ketika di atas talian di media sosial.

Jelas sekali, permainan di atas talian boleh memberikan impak yang besar kepada ibu bapa, guru dan juga anak murid itu sendiri.

Jika anak-anak membuat kesilapan dengan membuat pembelian atas talian, ibu bapa terpaksa menanggung rugi yang besar.

Selain itu, pemantauan ini juga penting untuk memastikan anak-anak tidak membuat perkara yang bukan-bukan seperti membunuh diri dan mengalami tekanan emosi ketika bermain permainan di atas talian.

Sumber: Gamingonphone

RELATED NEWS

+