Kerajaan Poland beri permainan video anti-perang secara percuma kepada pelajar

Permainan video boleh memberi impak yang besar kepada ramai orang terutamanya apabila permainan itu banyak memberi pengajaran.

Ada permainan yang boleh membantu dari segi kesihatan mental dan ada yang boleh membuatkan kanak-kanak lebih pintar.

Seperti yang dilaporkan oleh GamesRadar+, pelajar dan guru di Poland akan menerima permainan video anti-perang secara percuma.

Guru-guru juga akan mendapat pelan pembelajaran di dalam kelas.

Permainan itu adalah This War of Mine yang juga permainan video indie yang dibangunkan oleh 11 bit studios.

Permainan ini memberi fokus kepada rakyat biasa yang mengalami peperangan.

This War of Mine review | PC Gamer

Anda perlu membuat banyak keputusan yang sukar untuk hanya bertahan dalam kehidupan seharian seperti kekurangan makanan, ubat dan sentiasa berada di dalam bahaya ditembak oleh sniper dan orang-orang berbahaya.

This War of Mine juga banyak membantu terutamanya mereka berjaya mengumpul sebanyak 3,000,000 zloty Polish (RM2.9 Juta) untuk persatuan bulan sabit merah Ukraine bagi membantu mangsa-mangsa peperangan.

RELATED NEWS

+