Konflik Ukraine-Rusia adalah sebuah perkara yang amat serius, namun masih ada golongan yang tidak mengambil isu ini dengan serius. Ini mungkin kerana ramai orang masih tidak tau kesan dan akibat sebuah perperangan."> Konflik Ukraine-Rusia adalah sebuah perkara yang amat serius, namun masih ada golongan yang tidak mengambil isu ini dengan serius. Ini mungkin kerana ramai orang masih tidak tau kesan dan akibat sebuah perperangan." /> Konflik Ukraine-Rusia adalah sebuah perkara yang amat serius, namun masih ada golongan yang tidak mengambil isu ini dengan serius. Ini mungkin kerana ramai orang masih tidak tau kesan dan akibat sebuah perperangan." />

Permainan ini mendedahkan kesan dan realiti perang yang sebenar

Konflik Ukraine-Rusia adalah sebuah perkara yang amat serius, namun masih ada golongan yang tidak mengambil isu ini dengan serius. Ini mungkin kerana ramai orang masih tidak tau kesan dan akibat sebuah perperangan.

Permainan indie yang berjudul This War of Mine dari 11 Bit Studios, mendedahkan impak perperangan dalam cara yang halus dan berkesan.

Dalam permainan This War of Mine, pemain akan mengurus sekumpulan mangsa perang. Mereka akan cuba untuk mendapatkan sumber-sumber asas untuk teruskan kehidupan. Itu bukan sahaja cabaran permainan tetapi pemain juga perlu memberi perhatian kepada kesihatan mangsa-mangsa serta tahap kesihatan mental mereka.

Jika kesihatan fizikal atau kesihatan mental mangsa turun secara mendadak, maka mangsa itu mungkin boleh mati atau meninggalkan rumah.

Selain itu, terdapat juga penceroboh atau perompak yang akan mencuri sumber-sumber asas dari rumah mangsa. Mereka bukan merompak kerana mereka jahat, tetapi itulah langkah yang mereka perlu lakukan untuk terus hidup.

Permainan ini diinspirasikan dari kisah-kisah benar dan selepas mengalami permainan ini, pasti pemain sedar bahawa sebuah konflik seperti yang berlaku di Ukraine bukan perkara main-main.

Pembangun permainan, 11 Bit Studios, juga berjanji untuk menyumbang semua keuntungan daripada permainan This War of Mine kepada Red Cross Ukraine, iaitu sebuah gerakan kemanusiaan antarabangsa.

Dapatkan This War of Mine di Steam dengan harga RM39 atau di iOS dan Android.

RELATED NEWS

+