Kingdom Hearts 3 Sudah Disiapkan, Dilancarkan Tahun Depan

Rasanya pengumuman Kingdom Hearts 3 dah melebihi 5 tahun dan ia masih lagi ditunda sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Pengarah Permainan, Tetsuya Nomura berkata, nampaknya game ini akhirnya mempunyai tarikh keluaran rasmi iaitu pada 29 Januari 2019!

Nomura mengesahkan game itu sudah siap di dalam satu tweet.

Bagi sesiapa yang masih belum Kingdom Heart dan ingin bermain keluaran ketiga ini, pastikan korang cuba dulu versi yang pertama dan kedua. Square Enix juga melancarkan kompilasi Kingdom Hearts: The Story So Far untuk PlayStation 4 termasuk kesemua kandungan cerita. 

Kingdom Hearts 3 akan dilancarkan di PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+