Koleksi Portal akan dilancarkan di Nintendo Switch

Portal dan Portal 2 akan hadir ke Nintendo Switch pada tahun ini. Nintendo umumkan semasa Nintendo Direct yang berlangsung baru-baru ini. Permainan yang diiktiraf sebagai salah satu permainan yang terbaik ini dicipta oleh Valve dan diterbitkan pada tahun 2007 dan 2011. Kini ia akan dilancarkan di konsol mudah alih selepas melebihi 15 tahun.

Walaupun Portal dan Portal 2 baru dilancarkan di Nintendo Switch, ini bukan kali pertama permainan Portal tiba di konsol itu, permainan Bridge Constructor Portal, yang menambahkan Portal Gun kepada permainan fizik Bridge Constructor, dikeluarkan pada platform pada 2017.

Koleksi permainan ini akan dilancarkan sebagai Portal: Companion Collection. Portal 2 akan mempunyai mod berbilang pemain tempatan, dalam talian dan satu skrin.

Tarikh pelancaran yang tepat belum diumumkan, tetapi Valve berkata koleksi itu akan berharga AS$19.99 (RM84).

Sumber rujukan: YouTube

RELATED NEWS

+