iOS 16 membawa sokongan alat kawalan Joy-Con dan Nintendo Switch Pro

Apple nampaknya akan meluaskan sokongan bagi alat kawalan untuk iPhone mereka dan kali ini, mereka menambahkan sokongan Joy-Con (Nintendo Switch) menerusi iOS 16.

Walaupun Apple tidak menyatakan di laman web mereka, namun, Riley Testut, seorang pembangun permainan mudah alih membuat ciapan mengenainya.

Ia menyokong satu atau kedua-dua Joy-Con sekali gus menjadi satu alat kawalan lengkap. Pengguna juga berupaya menukar mod penggunaan satu atau dua Joy-Con dengan lebih mudah. Sokongan ini juga termasuk Nintendo Switch Pro Controller yang lebih menyamai alat kawalan tradisional.

Sejak dikeluarkan, iPhone menyokong DualSense PlayStation 5 dan alat kawalan Xbox Series X bermula iOS 14.5 pada tahun lalu.

Dengan sokongan ini, pengguna Nintendo Switch yang mempunyai alat kawalan boleh mencubanya apabila iOS 16 hadir tak lama lagi.

Foto: Video Games Chronicle

RELATED NEWS

+