Kontrak Jensen bersama Team Liquid, ditamatkan

Team Liquid bagi pasukan League of Legends kali ini mengucapkan selamat tinggal buat mid-laner veteran mereka, Jensen selepas kontraknya ditamatkan.

Pengumuman peninggalan Jensen itu diumumkan melalui ciapan Twitter @TeamLiquidLoL, menandakan berakhirlah khidmatnya bersama organisasi e-sukan itu. 

Sebelum ini, Jensen sudah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama pasukan Amerika Utara itu sejak 2019 di mana Jensen dan Team Liquid pernah memenangi dua LCS Split, dan layak untuk bertanding di Worlds. 

Namun, Jensen pernah menyatakan bahawa dia kemungkinan akan disimpan atau dilepaskan selepas kegagalannya bersama Team Liquid untuk menjulang piala beberapa kejohanan Worlds. 

Buat masa ini, Jensen bertindak sebagai ejen bebas dan tetap dihormati bagi pasukan LoL Amerika Utara.

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+