PlayStation akan tutup server dua permainan PS Vita hujung tahun ini

Baru-baru PlayStation sudah membuat keputusan untuk menutup server dua permainan eksklusif daripada konsol PlayStation Vita iaitu Freedom Wars dan Soul Sacrifice.

Freedom Wars adalah permainan RPG eksklusif PS Vita dilancarkan pada 2014 yang dibangunkan oleh sebuah studio di Jepun iaitu Studio Japan, yang kini tidak lagi berfungsi. 

Soul Sacrifice juga dibangunkan oleh studio yang sama dan dilancarkan pada 2013 yang mana ia adalah permainan aksi RPG Jepun.  

Pengguna Twitter, Tweet Vita Review berkongsi melalui ciapannya menyatakan PlayStation Japan akan mula menutup server dua permainan itu pada 24 Disember ini.

Dia juga menambah bahawa kedua permainan ini masih boleh dimainkan secara solo tetapi hanya boleh dimainkan secara lokal sahaja. 

Buat masa ini pihak PlayStation Jepun masih lagi belum menyatakan sebab utama penutupan server kedua-dua permainan ini.

Sumber: ComicBook

RELATED NEWS

+