FIFA 21 baru saja dilancarkan. Namun, berita mengenai penambahbaikan di konsol generasi seterusnya juga menjadi perhatian pemain.
EA baru-baru ini menunjukkan beberapa tangkap layar (screenshot) yang menunjukkan kualiti grafik FIFA 21 di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.
𝙁𝙚𝙚𝙡 𝙉𝙚𝙭𝙩 𝙇𝙚𝙫𝙚𝙡 when #FIFA21 arrives on PS5 & Xbox Series X|S on December 4th. Buy now, and upgrade for free: https://t.co/lK3Fzbciqj pic.twitter.com/ibbeTzplLM
— EA SPORTS FIFA (@EASPORTSFIFA) November 10, 2020
Kelihatan dua pemain iaitu Trent Alexander-Arnold dan João Félix. Tangkap layar ini menunjukkan pencahayaan yang ditambah baik dan tekstur menunjukkan partikel seperti peluh ditunjuk dengan begitu teliti.
Permainan ini juga akan mempunyai waktu muatan yang laju dan pergerakan pemain yang realistik dan lancar dalam sejarah FIFA dari EA.
FIFA 21 akan dilancarkan pada 4 Disember untuk konsol PS5 dan Xbox Series dengan sokongan keserasian belakang.
Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.