Laporan khas: Apa dah jadi dengan Blizzard Entertainment sekarang?

Sebulan lepas ramai orang terkejut dengan permegian mengejut Jeff Kaplan bahawa beliau akan meninggalkan Blizzard.

Beliau yang berkhidmat selama 19 tahun dan telah membuat dua game ikonik dalam Blizzard iaitu World of Warcraft dan Overwatch. Sebagai seorang yang disayangi ramai peminat Blizzard, Kaplan yang keluar dari Blizzard adalah sangat mengejutkan.

“Beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi. Ucapan selamat tinggal beliau yang masih bangga dengan semua yang telah beliau capai sangat membantu kami di Blizzard untuk lebih bersama-sama mengecapi kejayaan baru,” kata Aaron Keller yang kini menjadi Pengarah Overwatch 2.

Namun disebalik emosi yang sedih, Kaplan, yang meninggalkan Blizzard memberi impak negatif kepada Blizzard yang menghadapi masalah bermula tahun 2018. Jikalau anda mengikuti apa-apa berita mengenai Blizzard anda tahu Blizzard kini mempunyai kadar pemberhentian kerja yang amat tinggi terutama sekali untuk pembangun permainan video yang telah bekerja selama 10 tahun atau lebih.

Blizzard kini dalam fasa penurunan

Hasil temuduga eksklusif seorang staf Blizzard dengan IGN memberitahu “Beliau (Kaplan) merupakan orang terakhir yang disangka akan meninggalkan Blizzard.”

“Dengan pemergian beliau, saya sendiri tidak tahu apa lagi fasa besar seterusnya. Saya rasa masih tidak ada lagi orang yang dapat mencapai kejayaan besar ini lagi.”

Mengikut hasil interviu dengan pekerja veteran Blizzard seperti penganalisa dan pelabur. Walaupun mereka bangga dengan sejarah dan budaya di Blizzard, tetapi ramai masih memilih untuk meninggalkan Blizzard.

Tempoh Lengang di Blizzard

Lima tahun lepas, Blizzard melancarkan Overwatch. Overwatch merupakan hasil kejayaan titik peluh dari kegagalan Project Titan, yang diubah untuk menjadi Overwatch beberapa tahun kemudian.

Disebabkan Overwatch, Blizzard berjaya memberi nafas baru setelah pelancaran Diablo 3, StarCraft 2 dan Heroes of the Storm yang mengalami pergelutan untuk kekal relevan pada tahun 2012 sehingga 2016. Overwatch juga berjaya mendapat 25 juta pemain dengan masa yang begitu cepat dan mengejutkan.

Mengikut standard industri, Blizzard selalunya dianggap sebagai salah satu kayu pengukur untuk pembuatan permainan video dengan hasil sejarah yang bermula dengan Warcraft: Orcs and Humans dan bersambung ke Diablo, Starcraft dan World of Warcraft. Kejayaan ini membentuk budaya baru di Blizzard yang sudah semestinya unik dan ramai pekerja kekal berada di Blizzard untuk bertahun-tahun lamanya.

Overwatch 2, Diablo 4 Not Launching in 2021 – Activision Blizzard

BlizzCon 2018 merupakan pencetus permulaan kontroversi iaitu dengan pengumuman Diablo Immortal. Diablo Immortal merupakan permainan Diablo untuk pelantar telefon pintar.

Peminat-peminat Diablo menginginkan Diablo 4, sebaliknya mendapat permainan video baru Diablo di pelantar telefon pintar.

Diablo Immortal pula dibina oleh NetEase sebuah syarikat permainan video di China. Beberapa pekerja Blizzard menggelar ia “the outsourced game.”. Blizzard mahukan piawaian yang tinggi untuk permainan video di telefon pintar tetapi Blizzard tidak berkomunikasi dengan baik terutamanya peminat-peminat Blizzard dan Diablo. Kemudian datang Warcraft 3: Reforged yang amat tidak disukai ramai turut mencetus dalam permasalahan baru.

Blizzard cuba mendapatkan sokongan kembali di Blizzcon 2019 dengan pengumuman Diablo 4 dan Overwatch 2. Walaupun berjaya memberi harapan baru untuk peminat, tetapi pelancaran dua permainan video tersebut masih jauh. Dengan Overwatch 2 seawal 2022.

Diablo 4 release date, trailers, news and rumors | TechRadar

Pekerja di Blizzard juga merasakan beberapa bonus telah ditarik hasil daripada prestasi individu pekerja di Blizzard. Ada yang merasakan mereka tidak akan mendapat bonus tetapi Blizzard masih memerlukan masa yang lama untuk mengeluarkan permainan video baharu. “Mungkin tahun depan akan lebih baik memandangkan kita tidak melancarkan apa-apa yang baru dari Blizzard semenjak 2018.” kata seorang staf Blizzard.

Fasa inkubasi ini merupakan sesuatu yang sangat bahaya untuk Blizzard. Dengan eksperimentasi baharu dan penungguan peminat-peminat Blizzard, perkara ini pasti akan membuat semua orang lebih menjauh dari Blizzard.

Tekanan yang kini membuak

Dengan tekanan yang semakin meningkat kontroversi lepas Blizzard masih belum pulih walaupun sudah beberapa tahun. Dengan pandemik yang ditimpa Blizzard juga pernah memecat 50 pekerja di dalam divisi e-sukan. Tidak lupa juga Activision-Blizzard yang menghadapi benda sama.

Selama lima tahun ini Blizzard cuma mendapat pelbagai pendapat yang positif dan negatif dan juga permasalahan dalaman yang kian meningkat.

Untuk Blizzard, kejayaan mungkin hanya akan tercapai dengan Diablo 4 dan Overwatch 2. Persoalannya berapa ramai lagi staf Blizzard akan dapat bertahan untuk membantu Blizzard nanti?

Sumber rujukan: IGN

RELATED NEWS

+