5 berita pelik dunia gaming setakat ini

1. Kerusi Gaming bergetar

Kerusi Synk X dari Coller Master mempunyai maklum balas haptik untuk bergetar mengikut keadaan di dalam permainan video.

Teknologi yang digunakan ialah menukarkan bunyi ke getaran di kerusi anda.

Kerusi ini dibuat untuk memberi pengalaman seolah-olah anda berada di dalam permainan video.

2. Wanita tua guna Wii Fits sebagai kain lap kaki

Seorang pengguna Reddit baru-baru ini mahu menghantar barang ke rumah orang tua.

Tidak disangka kain lap kaki yang digunakan adalah Wii Fits.

Wii Fit adalah satu permainan video yang menggunakan Wii Balance board untuk permainan seperti Yoga, aerobics dan senaman lain.

3. Charm Pachimari Overwatch betul lebih murah dari dalam permainan Overwatch

Siapa sangka benda betul lebih murah dari barang virtual.

Ini yang terjadi dalam Overwatch apabila rantai kunci Overwatch Pachimari betul lebih murah dari yang dalam permainan video.

Sangat tidak disangka.

4. Ikea mahu saman permainan video tentang Ikea

Ikea mahu menyaman satu pengeluar permainan video indie seram kerana memberi ekspresi buruk terhadap Ikea.

Permainan seram itu adalah berdasarkan mitos urban rekaan SCP dimana manusia boleh terperangkap dalam Ikea dan akan dikejar oleh staf-staf pekerja Ikea yang tiada muka.

Ikea sepatutnya menggunakan peluang ini sebagai teknik pemasaran mereka yang lebih unik dan luar biasa.

5. VR dengan bau-bau

Anda kini boleh mendapatkan bau-bau dari VR.

Digelar olfactometer yang membolehkan anda untuk mendapatkan bau-bau dari VR yang anda mainkan.

Sudah semestinya kita tidak mahu bau dari permainan yang banyak benda-benda busuk.

RELATED NEWS

+