Marvel Rivals dikecam kerana perjanjian tidak boleh ada kritikan negatif

Marvel Rivals permainan video baharu dari Marvel yang kini dalam fasa alpha.

Tetapi kontroversi baharu pula muncul disebabkan Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA) dimana pencipta kandungan tidak boleh memberikan kritikan negatif.

Permainan ini adalah percubaan Marvel untuk membuat permainan video third-person team shooter yang memberikan pemain untuk menggunakan kuasa dari karakter-karakter ikonik Marvel.

Masalah bermula apabila streamer Overwatch terkenal Brandon “A_Seagull” Larned yang berkongsi satu tangkap layar skrin menunjukkan Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA) Marvel Rivals.

Dalam petikan itu, pemain tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa komen satira atau berniat jahat untuk Marvel Rivals.

Petikan itu juga mengatakan pemain tidak boleh membuat perbandingan diantara Marvel Rivals dan juga permainan video lain.

Klausa sebegini adalah biasa untuk perjanjian penajaan, tetapi para streamers perlu menandatangani perjanjian ini untuk bermain dan tidak mendapat apa-apa bayaran untuk mempromosikan permainan ini.

Terdapat juga beberapa pemain yang sudah diharamkan dari bermain disebabkan mereka tidak sedar akan klausa ini.

NetEase ada mengeluarkan kenyataan mengenai salah faham ini dan memohon maaf atas kesalahan komunikasi.

Pembangun Marvel Rivals mengatakan mereka terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dan kritikan mengenai permainan video mereka.

Mereka juga berharap Marvel Rivals dapat menjadi lebih baik untuk memuaskan pemain.

Ia dijangka akan dikeluarkan untuk pelantar Microsoft Windows dan macOS.

RELATED NEWS

+