League of Legends: Pemain veteran Fnatic, Rekkles sertai G2 Esports

Pemain veteran Fnatic, Martin “Rekkles” Larsson yang sudah bersama organisasi itu selama lapan tahun kini sah menyertai G2 Esports pada 21 November lalu.

Rekkles akan menggantikan Luka “Perkz” Perković.

Sepanjang kariernya bersama Fnatic, Rekkles membantu pasukan itu untuk layak ke Kejohanan Dunia Worlds sebanyak enam kali dan memenangi anugerah MVP untuk LEC sebanyak tiga kali. 

Fnatic sudah lima kali layak ke Grand Final LEC dan kali ini Rekkles akan bertembung dengan pasukan lamanya untuk menghalang kemaraan mereka menjulang mana-mana trofi.

Bagi info lanjut mengenai kemasukannya ke G2, anda boleh baca kenyataan penuh di www.g2esports.com.

Sumber rujukan: dailyesports.gg

RELATED NEWS

+