Arcane adalah siri penstriman pertama menang Anugerah Emmy bagi kategori animasi

Siri popular Netflix, Arcane baru-baru ini memenangi anugerah Program Animasi Cemerlang di Majlis Anugerah Seni Kreatif Emmy selain membolot tiga trofi lain berkaitan animasi awal tahun ini.

Menurut laporan The Verge, ini adalah anugerah pertama diberikan kepada rancangan penstriman yang eksklusif. Arcana mengalahkan What If…?, Bob’s Burgers, The Simpsons dan Rick and Morty.

Arcane dilancarkan pada November tahun lalu yang menceritakan kisah dua anak yatim piatu, Vi dan Jinx serta rakan mereka, Ekko. Karakter League of Legends seperti Jayce, Viktor, Caitlyn dan Heimerdinger juga ditampilkan.

Kini Arcane sedang dibangunkan untuk musim kedua.

Sumber: The Verge

RELATED NEWS

+