League of Legends: Wild Rift akan hadir ke iPhone 12

League of Legends: Wild Rift sekali lagi dipertontonkan untuk khalayak dan kali ini ia dipertunjukkan dalam video pengumuman iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Dalam video tersebut, Penerbit Eksekutf Riot Games, Michael Chow mengatakan Apple A14 dan sokongan 5G akan memanfaatkan Wild Rift dengan sebaik mungkin. Ini termasuklah memberikan pengalaman permainan yang lancar.

Wild Rift sudah pun dilancarkan menerusi fasa beta tertutup (yang kedua sekarang) di iOS dan Android namun dengan pengumuman Apple iPhone 12 ini, pastinya ia akan hadir tak lama lagi.

Nak tahu macam mana seronoknya main Wild Rift? Baca ulasan penulis di SINI.

RELATED NEWS

+