Paper Rex dipilih sebagai salah satu pasukan ke VCT Liga Pasifik 2023

Pada bulan April, Riot Games pernah mengacah bagaimana e-sukan VALORANT pada tahun depan di mana terdapat pengenalan kepada liga antarabangsa yang merangkumi pemain-pemain dan organisasi e-sukan hebat bertanding setiap minggu.

Di bulan Ogos pula, mereka mengatakan litar Challengers peringkat serantau memberikan peluang kepada pemain baru berjaya di pentas besar.

Sistem ini juga membuka lembaran baru kepada pasukan terbaik peringkat serantau untuk bersaing dalam liga antarabangsa itu.

Mereka kini memperkenalkan 10 pasukan yang akan menyertai Liga Pasifik 2023:

  1. Gen.G (Korea)
  2. DRX (Korea)
  3. T1 (Korea)
  4. ZETA Division (Jepun)
  5. DetonatioN Gaming (Jepun)
  6. Paper Rex (Singapura dan Malaysia)
  7. Team Secret (Filipina)
  8. Talon Esports (Thailand)
  9. Rex Regum Qeon (Indonesia)
  10. Global Esports (Asia Selatan)

Apa yang dicari Riot dalam sesebuah pasukan?

Mereka mengatakan terdapat beberapa faktor antaranya, pasukan dipilih itu haruslah disukai oleh komuniti serantau.

Selain itu, faktor lain adalah kebersamaan yang mana setiap pasukan perlu memberi kerjasama untuk masa depan e-sukan VALORANT. Ketiga, mereka memilih pasukan yang berkongsi visi dan nilai yang sama dalam membentuk masa depan VALORANT.

Bagaimana mereka memilih?

Riot menjemput pasukan ini untuk membuat pembentangan dan yang paling bagus dipanggil untuk temuduga. 

“10 pasukan ini terpilih untuk menyertai kami pada tahun depan dan seterusnya. Pasukan Pasifik lain boleh menyertai IL menerusi Litar Challenger dan kejohanan Ascension.

2023 akan dimulakan dengan Challengers Split 1 dan kejohanan terbesar peringkat antarabangsa dalam sejarah VCT.

RELATED NEWS

+