Legends of Runeterra: Deck terbaik di patch Guardians of the Ancient

Legends of Runeterra baru saja melancarkan patch baru Guardians of the Ancient beberapa minggu lepas. Meskipun banyak deck baru dibentuk yang boleh dikatakan agak OP, namun belum ada pengumuman nerf dibuat untuk kemaskini baru.

Oleh itu, apa kata anda manfaatkan kekuatan semasa deck ini sebelum ia menerima nerf dalam kemaskini akan datang.

Azir Irelia Aggro

Kombo kedua champions ini paling menarik untuk digunakan. Sinergi yang ada antara Azir dan kad-kad Ionia boleh dikatakan sangat kuat sehingga mampu tumbangkan musuh pada giliran kedua saja.

Menggunakan Emperor’s Dais dan beberapa kad Ionia seperti follower Irelia yang menggunakan keyword Blade Dance, anda mampu menyerang biarpun dalam posisi pertahanan. Malah, kehadiran kad Ionia ini membantu kad lain seperti Greenglade Duo dan Sparring Student mendapatkan boost pada stats mereka.

Malah, kehadiran Inspiring Marshall boleh menjadikan kad Blade sehingga 4|1, sekali gus memaksa musuh untuk block. Anda boleh clearkan board musuh biarpun dalam posisi pertahanan.

Irelia pula adalah champion baharu yang boleh bertukar posisi dengan kad menyerang. Ini boleh membuatkan musuh tidak terjangka. Dengan adanya kad bantuan seperti Shapestone, anda boleh naikkan serangan Irelia kepada 7.

Kod: CECAKBACAQCQSCYPAQCAOAY2GNOQEAICAYVACAYCAUAQCBAHHEBACAQCBIAQIAQH

Nasus + Tresh Kombo

Deck ini boleh dikatakan sangat berkezan lawan deck aggro lain. Pada pusingan pertama, anda boleh lakukan aggro sendiri jika ada Cursed Keeper dan Ravenous Butcher di tangan. Malah, pembunuhan ally sendiri dengan keyword slay boleh membantu menaikkan kekuatan Nasus yang diperlukan untuk tamatkan perlawanan.

Pokoknya di sini adalah menggunakan Tresh untuk kumpul Souls, bagi menarik keluar Nasus yang sudah mengumpul stats dari awal permainan. Jika ada Nasus, maka mudah untuk Atrocity tamatkan permainan (Nasus ada Spellshield jika level up).

Black Spear boleh bantu membunuh Azir atau Irelia jika anda berdepan mereka.

Kod: CEBQIBAHAINC6ZYEAECSQMBRGQAQIBIQAQBACBILDEAQIBIDAEBAKBABAQDTWAYBAQDXSAIEAUCACAIFEI

EZ + Draven Kombo

Ezreal sentiasa terkenal dengan keyword elusive dan mempunyai Mystic Shot untuk menyingkirkan kad kos murah. Jika anda berdepan aggro, mystic shot adalah seeloknya disimpan di tangan.

Draven pula fungsinya di sini adalah Spinning Axe untuk anda buang bagi menggunakan spell Rummage untuk mendapatkan kad lebih baik.

Deck ini berkesan jika anda menyimpan Ezreal sehingga beliau level up kerana ia adalah kad kemenangan. Deck ini juga boleh dimainkan dengan agresif atau defensive, mengikut situasi. Dengan adanya House Spider boleh mengelak kemaraan aggro pada awal permainan juga.

Captain Farron akan menghabiskan perlawanan kerana ada dua Decimates di tangan untuk anda habiskan nyawa Nexus.

Kod: CECQIAIEDMSCMNABAIBQSAYBAMCBILQBAMBQ2AIDAQIQGAQBAQAR6AIDAQCQEAIDGM3QA

RELATED NEWS

+