Harbor agent kuasa water bender baru – VALORANT

Riot Games baru sahaja mengeluarkan video permainan untuk Harbor.

Harbor mempunyai kuasa untuk mengawal dan memanipulasikan air.

Agent Controller ini mempunyai beberapa kuasa untuk mengeluarkan ombak air dan ‘smoke’ air untuk menjaga ahli pasukan lain.

Skill Harbor

High Tide (E)

Harbor akan mengeluarkan satu dinding air seakan-akan skill Viper yang boleh diubah bentuk mengikut arah yang anda mahu.

Musuh yang melalui air ini akan diperlahankan.

Cove (Q)

Kuasa kedua Harbor.

Cove memberikan Harbor kuasa untuk membaling satu shield seperti smoke untuk menghalang peluru dari musuh.

Cascade (C)

Dinding air yang bergerak ke hadapan dan boleh digunakan untuk menutup pintu pembukaan.

Reckoning (X)

Ultimate Harbor memberikan dia kuasa petuh artifak air.

Reckoning akan mengeluarkan satu kolam mata air panas di atas tanah dan musuh akan terkena concussive strike untuk beberapa kali.

Namun, beberapa pemain profesional mengatakan Harbor mungkin tidak cukup kuat dan sehebat Viper.

“Harbor lebih teruk dari beberapa controller yang sudah ada (dari segi solo controller). Lebih teruk dari Viper.”

“Harbord sangat pelik untuk praktikal. Saya rasa ombak itu merosakkan potensi untuk menjadi controller solo yang baik. 3 kuasa dengan 1 charge. Shield bubble sangat mudah untuk dihancurkan. Tetapi Ulti dan Wall yang menarik.”

Masih awal lagi untuk mengatakan apa-apa mengenair Harbor dan seperti biasa ramai orang perlu belajar dan mengetahui lebih lagi tentang Harbor.

RELATED NEWS

+