Wanita didakwa membunuh adik kerana teman lelaki Valorant

Seorang wanita berusia 21 tahun dari Orlando, Amerika Syarikat kini dalam pemantauan polis kerana didakwa membunuh adik perempuannya disebabkan teman lelaki dari Valorant.

Fatiha Marzan ditangkap dan dikenakan pertuduhan membunuh adiknya Sayma Marzan berusia 20 tahun.

Fatiha menggunakan pisau untuk menusuk adiknya beberapa kali di jantung kerana adiknya dikatakan menggoda teman lelakinya melalui Valorant di chat.

Menurut polis, Fatima sudah dua minggu membuat perancangan untuk membunuh adiknya.

Dia menusuk adiknya sebanyak tiga ke empat kali di jantung.

Menurut laporan, perkara ini bermula apabila Fatiha menyedari akan cubaan Sayma menggoda teman lelaki yang sudah bersamanya selama lima tahun.

Semuanya bermula apabila teman lelaki itu memberitahu Fatiha, dia turut menyukai adiknya.

Adik Fatiha juga bermain Valorant bersama teman lelaki Fatiha.

“Fatiha mengatakan adik perempuannya cuma mencuri teman lelakinya untuk beberapa tahun. Fatiha juga menyedari teman lelakinya turut akan melayan godaan Sayma,”

Fatiha kemudian pergi membeli pisau dari Amazon dan menyimpan pisau itu selama dua minggu dan membunuh adiknya pada 4.30 pagi ketika keluarga mereka sedang tidur.

Dia kemudian mengaku tidak bersalah menerusi peguamnya.

Rujukan: Win.gg

RELATED NEWS

+