Lemon dan Tuturu mungkin masuk Team Secret?

Lemon dan Tuturu adalah dua pemain ikonik Mobile Legends Indonesia. Mereka berdua boleh dianggap sebagai pemain lagenda RRQ Hoshi.

Karier mereka berkembang di RRQ dan sampai sekarang mereka masih berada di organisasi itu. Tuturu yang sudah bersara daripada arena kompetitif lebih fokus di arena penstriman serta membuat konten.

Lemon pula masih seorang pemain profesional RRQ Hoshi. Walau bagaimanapun, di arena kompetitif Mobile Legends Indonesia, dia jarang untuk turun padang dan bermain.

Contoh yang paling jelas ialah pada MPL ID S9, Lemon hanya sempat bermain satu permainan sahaja apabila pada ketika itu RRQ Hoshi menentang EVOS Legends.

Kedua-dua mereka sudah begitu ikonik dengan RRQ, sehinggakan potensi untuk melihat mereka berada di pasukan lain adalah sangat sukar. Walau bagaimanapun, tiada perkara yang mustahil.

Menerusi sebuah hantaran Instagram Team Secret, terlihat Ketua Pegawai Eksekutif Team Secret, John Yao, sedang berbual dan makan bersama Lemon dan Tuturu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Secret (@teamsecret)

Sebelum ini, Team Secret sudah memberi bayangan bahawa mereka akan memasuki divisi permainan mudah alih Mobile Legends.

Adakah benar sang Alien Lemon dan Raja Marksman Tuturu akan memasuki Team Secret dan akan kembali ke Land of Dawn? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+