SAH dan RASMI. Team Secret masuk MPL MY S11

Team Secret kini secara rasminya akan bertanding di MPL MY 11 kali ini. Berita itu diumumkan dalam satu kenyataan media oleh Moonton hari ini.

Di Malaysia, Team Secret juga terkenal dengan pasukan PUBG Mobile.

Setakat ini masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai barisan pemain mereka.

Tetapi apa yang boleh disahkan pemain-pemain Team Secret adalah pemain profesional MLBB dari Malaysia.

Malah MPL MY 11 kali ini juga akan membawa tiga pasukan baru yang bakal menjadi tumpuan.

Dua lagi pasukan adalah Red Giant Esports dan Madness Gaming.

Adakah Team Secret bakal menjadi kuda hitam dan memberi impak besar untuk MPL MY 11 kali ini?

RELATED NEWS

+