Susulun dari khabar angin mengatakan MAB Esports sedang berusaha ‘menggantikan’ slot pasukan Orange Esports di MPL MY S11, Pengasas MAB, Abang Lord mengatakan belum ada mana-mana pihak yang cuba berbincang dengannya mengenai perkara itu.
“Slot Orange Esports tak pasti diberikan kepada siapa tapi yang pasti tiada siapa (pihak) yang memulakan perbincangan dengan saya.
“Tryout (percubaan) yang kami lakukan sebenarnya untuk musim hadapan (S12) tapi andai kata MAB Esports dipelawa untuk ke S11, kami juga bersedia,” katanya ketika dihubungi.
View this post on Instagram
MAB Esports sebelum ini mengumumkan mereka kembali membentuk pasukan MLBB selepas pembubaran pasca kelayakan MPL MY S10.
Sunfrost dan Rain juga masing-masing dilantik sebagai penganalisis dan jurulatih bagi divisi MLBB yang akan memfokuskan kejohanan peringkat separa profesional (tier 2).
Orange Esports pula dikatakan tidak akan bermain di musim kali ini dan bakal menyerahkan slot mereka kepada organisasi lain. Pengumuman rasmi pastinya akan disampaikan oleh pihak MPL Malaysia dalam masa terdekat.