Level Up KL 2017: Level Up Inc Berkolaborasi Bersama Pemain Industri Serantau

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi persidangan pembangun permainan terbesar Asia Tenggara, Level Up KL baru saja berakhir hari ini dan semalam,  10 individu ternama dari syarikat yang khusus dalam industri pembangunan game hadir sama untuk majlis penutup.

Sebelum ini, 10 syarikat terbabit sudah pun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Level Up Inc. Berikut adalah  individu ternama yang mewakili syarikat masing-masing.

Nicholas Sagau
Group General Manager, Media Prima Labs and Operations of Media Prima Digital

Irene Umar
Managing Partner, Discovery Nusantara Capital (DNC)

Kimberley Chong
Community Manager, UOA Komune

Yumiko Imaizumi
Incubation Manager, Tokyo Contents Incubation Center (TCIC)

AJ Ajisan Azizuddin
Director, iCandy Interactive Limited

Kellie Liu
Project Manager, Taipei Computer Association

Alvin Juban
President & Chairman, Game Developers Association of the Philippines (GDAP)

Boon Yi Fei
Field Engineer, Unity Technologies

Aimen Khan
Mobile App Marketing Consultant South East Asia, Google

Arata Naito
Head of Product Management, Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES)

Penulis percaya kolaborasi ini mampu menaikkan lagi industri pembangunan permainan serantau dan kemungkinan lebih banyak peningkatan dari segi penghasilan, teknologi dan inovasi baru menerusi pendekatan ini.

Level Up KL berlangsung di Kuala Lumpur dari 4 November dan berakhir hari ini menjadi persidangan pembangunan permainan terbesar di rantau ini mempamerkan kandungan berkaitan pembangunan permainan meliputi aspek perniagaan dan teknikal industri, trend masa depan, ucaptama dan sesi peringkat tinggi bersama ahli panel yang dihormati dari seluruh dunia.

RELATED NEWS

+