Double Eleven buka pejabat baru di Kuala Lumpur

Sebuah studio pembangun permainan video British, Double Eleven mengumumkan perancangan mereka untuk mengembangkan operasi mereka di Kuala Lumpur. Hal ini mendapat sokongan penuh daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Studio yang berpangkalan di Middlesbrough, England itu akan melabur sekitar RM5.68 juta bagi pembukaan pejabat baru mereka di Kuala Lumpur selain menambah jumlah pekerja untuk rantau ini seramai lebih 100 orang. 

Berbekalkan seramai 80 orang pekerja pada 2019, mereka berjaya mencapai pertumbuhan yang sangat baik sejak beberapa tahun lalu. Kini mereka mempunyai pekerja seramai 200 orang pada tahun lalu. 

Antara permainan yang dibangunkan mereka ialah Rust: Console Edition, Minecraft Dungeon, LEGO Harry Potter, Goat Simulator, Prison Architect dan Crackdown 3. Mereka juga pernah bekerjasama bersama beberapa syarikat permainan video terbesar dunia dan Microsoft. 

Double Eleven mula memasuki Malaysia pada 2017 dan menubuhkan Double Eleven Malaysia Sdn Bhd pada 2018. Pada 21 Januari 2020, mereka mengumumkan untuk membuka pejabat di Kuala Lumpur dengan mengupah 25 orang pekerja dan bakal menerima lebih 100 pekerja dengan pembukaan pejabat baru ini. 

“Memiliki aspirasi, bakat dan persekitaran perniagaan yang luas, Malaysia ialah pilihan yang jelas kepada kami untuk berkembang di Asia dan kami komited untuk membina studio berkelas dunia di sini,” kata Lee Hutchinson, Pengasas Double Eleven. 

“Kami memilih Kuala Lumpur sebagai rumah kami untuk masa depan, di mana kami akan membina tempat bekerja yang unik serta mesra pekerja dengan infrastruktur yang canggih. Pelaburan kami dalam rekaan dan pembangunan premis baharu menggambarkan impian kami untuk menjadi lokasi bekerja yang terbaik dan selaras dengan nilai kami: kemanusiaan, cita-cita dan integriti.”

Double Eleven dengan bantuan MDEC juga sudah menghubungkan syarikat itu dengan beberapa kolej dan universiti di Malaysia seperti The One Academy, UOW Malaysia KDU dan Asia Pacifis University (APU) yang terlibat dalam pembinaan permainan.

MDEC juga memudahkan usaha kerjasama antara Double Eleven bersama studio pembangun permainan tempatan seperti Passion Republic, Lemon Sky Studios, Streamline Studios dan banyak lagi. 

“Kehadiran Double Eleven di Malaysia bukan sahaja berfungsi sebagai keyakinan berterusan dengan Malaysia sebagai hab penciptaan kandungan digital, tetapi juga dalam memupuk bakat pembangunan permainan Malaysia pada masa depan.”

RELATED NEWS

+