Liga Kebangsaan MEL21 berakhir, senarai pemenang diumumkan

Esports Integrated (ESI) adalah inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin mengumumkan kejayaan penganjuran Malaysia Esports League (MEL21).

Liga Esukan Malaysia ini julung-julung kali diadakan dalam dua peringkat iaitu Liga Negeri pada 10 Julai hingga 8 Ogos dan Kebangsaan pada 14 Ogos hingga 31 Ogos 2021 lepas.

Seramai 288 pemain dari 64 buah pasukan mewakili 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan bertanding dalam MEL21 Kebangsaan dalam 4 permainan video iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM), Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), EA Sports FIFA21 dan Dota 2.

Keempat-empat juara MEL21 Kebangsaan berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pingat juara setiap satunya.

PUBG Mobile

Bagi PUBGM, perlawanan diadakan pada 14, 15, 16 Ogos dengan 22 Ogos 2021 sebagai hari perlawanan terakhir.

Pasukan Farang Guerrilla dari Selangor muncul sebagai pemenang, dengan kill count tertinggi 13 pada hari Akhir. Team Farang Guerilla terdiri daripada Adib Syazwan bin Abd Razak (Ketua Pasukan), Nur Muhammad Safiuddin bin Abdul Jabar, Muhammad Abbas bin Saufi dan Mohammad Helmi Eizlan bin Mohammad Ehsan.

Dota 2

Untuk Dota 2, perlawanan kumpulan diadakan pada 17 & 18 Ogos 2021. Semua 16 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang bertanding dalam format liga.

Team Thanks dari Sarawak muncul sebagai pemenang dalam perlawanan akhir menentang ANIMALS dari Selangor, kembali dari defisit 2-0 untuk memenangi perlawanan pada perlawanan kelima dengan pengiraan mata 2-3.

Team Thanks terdiri daripada Benedict Chin Kuok Hong (Ketua Pasukan), Nelson Chin Kuok Chiat, Raymond Then Wan Jia, Nicholas Chin Kuok Chun dan Low Kin Siong.

FIFA 21

Untuk FIFA21, perlawanan diadakan pada 20, 21 Ogos dengan 27 Ogos sebagai Final Playoff.

Muhammad Faiz Hariry dari Kedah (OrangeFavLain) muncul sebagai juara, mengalahkan Kamil Al Amini bin Jamalludi Al Amini (AKA MAXNEVIS) dari Perak dengan gol emas dalam Game 3, setelah kedua-dua pemain terikat 3-3 dalam Game 1 & 2.

Bagi MLBB, perlawanan diadakan pada 23, 24 dan 30 Ogos, sebelum Final Playoff pada 31 Ogos.

MLBB

Pasukan Cyduken Pulau Pinang tampil menang mengatasi Mikey Terengganu dengan skor 3-0. Cyduken terdiri daripada Aiman Zairie Anuar (Ketua Pasukan), Muhammad Hakim Adanan, Muhammad Nabil bin Japri, Ahmad Zaki Ibrahim dan Mohamed Aiman Solihin Mohamed Iqbal.

Kesemua perlawanan diadakan secara langsung di platform kejohanan Esukan Kebangsaan esukan.gg dan telah mendapat 700,000 jumlah tontonan rekod sepanjan gMEL21 dan berjaya melebihi jumlah sasaran 100,000 tontonan.

RELATED NEWS

+