LinkEzaa masuk RSG MY

LinkEzaa adalah salah seorang pemain profesional di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Dia memulakan kariernya bersama pasukan Orange Esports di musim ketujuh dan berjaya mendapatkan tempat ketiga.

Sering digelar sebagai salah satu jungler terbaik MPL, jejaka berusia 17 tahun ini sangat merendah diri dan hanya fokus untuk mencari pengalaman dan meningkatkan prestasinya sepanjang karier.

Kini, juara musim ketujuh iaitu pasukan RSG MY mengumumkan bahawa LinkEzaa akan menyertai pasukan itu untuk persediaan MPL MY musim ke-10. Link akan bermain sebagai jungler juga kali ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Adakah kemasukan LinkEzaa bakal mengembalikan zaman kegemilangan pasukan RSG MY? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

Sumber dan foto: RSG MY

RELATED NEWS

+