Love Esquire kini hadir ke platform Nintendo Switch

Salah satu permainan dating sim paling unik yang keluar dari Asia Tenggara adalah Love Esquire oleh Yangyang Mobile. Permainan ini berdasarkan visual novel komedi romantis dan dating sim dengan penambahan pertempuran RPG turn based.

Permainan ini dilancarkan di Steam pada tahun 2019 dan baru sahaja dilancarkan di Nintendo Switch. Ia juga memenangi anugerah audio terbaik di SEA Game Awards tahun lalu.

Di dalam Love Esquire, anda bermain sebagai seorang yang lemah fizikalnya dan lama kelamaan menjadi seorang perwira yang gagah perkasa. 

Turut diperkenalkan sistem Waifus yang pemain idamkan. Pahlawan wanita itu mempunyai latar belakang tersendiri dan pelbagai rahsia yang disimpan untuk ditemui oleh pemain.

Pemain dapat menjalin hubungan romantis ini dengan berkata perkara yang betul kepada Waifus serta memberikan hadiah kepada mereka. Berdasarkan pilihan pemain, terdapat beberapa pengakhiran permainan akan mereka alami.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+