MOBA aksi Paragon kembali semula selepas lama ‘terkubur’

Epic Games masih tidak berputus asa dengan Paragon.

Paragon adalah salah satu permainan video yang menjadi mangsa populariti Fornite.

Ia dikeluarkan pada tahun 2016 dan menjadi MOBA third-person yang sangat menarik namun mati kerana Fornite meletup dalam genre battle royale.

Tetapi Epic walaupun menutup Paragon mereka membiarkan aset bernilai RM80 juta secara percuma di Epic Game Store.

Beberapa permainan video muncul dengan aset dari Paragon seperti Fault: Elder Orb dan Predecessor.

Kini Paragon akan dihidupkan semula oleh Netmarble dan akan menjadi F2P dengan beberapa hero baru yang akan dikeluarkan.

Persoalannya sekarang adakah Paragon kali ini akan menjadi lain daripada sebelum ini?

Jika tiada apa-apa perubahan pasti akan ditutup semula.

Namun untuk menyertai ujian permainan Paragon, anda perlu menulis mengenai Paragon di media sosial.

Permainan ini juga akan hadir ke Epic Games Store.

Ujian ini akan memasukkan karakter baharu dan peta baharu termasuk beberapa perubahan dari segi tutorial dan sistem latihan untuk pemain baru.

RELATED NEWS

+