Lebih sejuta pengguna Steam bakal hilang akaun mereka

Valve baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa pengguna bakal kehilangan akaun mereka mulai 1 Januari depan.

Pengguna ini akan hilang akaun mereka jika mereka masih menggunakan Windows 8 ke bawah.

Nombor yang ditunjukkan oleh Steam mungkin kecil dengan hanya 1.31% sahaja; tetapi peratusan itu berjumlah sebanyak 1.24 juta pengguna Steam yang berkemungkinan akan kehilangan akaun mereka.

Steam tidak lagi akan menyokong penggunaan Windows lama seperti Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Steam Support.

“Mulai 1 Januari 2024, Steam secara rasmi tidak lagi menyokong sistem operasi Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1. Selepas tarikh itu, Steam tidak boleh digunakan di versi Windows ini. Untuk menggunakan Steam dan mana-mana permainan video atau produk lain yang dibeli melalui Steam, pengguna perlu menggunakan Windows yang lebih baharu,”

Penyebab Steam membuat perubahan ini adalah kerana penggunaan Google Chrome di dalam Steam.

Tetapi browser ini tidak lagi akan disokong oleh Windows lama dan secara tidak langsung Steam anda tidak boleh digunakan lagi.

RELATED NEWS

+