M2 kejohanan terakhir EVOS SG?

Sebelum ini, banyak ura-ura mengatakan MPL MYSG Musim Keenam adalah kejohanan terakhir EVOS SG sebelum mereka ‘bersara’. Namun, mereka dijemput pula ke MPLI dan kini kejohanan dunia, M2 untuk bertanding.

Dalam satu Instastory dimuat naik oleh Ketua E-sukan EVOS, Aldean Tegar mengatakan Bjorn Ong (Zeys) masih lagi jurulatih EVOS Legends namun kini membantu EVOS SG di M2.

Aldean juga mengatakan M2 adalah kejohanan profesional terakhir EVOS SG dan mereka ingin lakukan yang terbaik. Ini juga berkait rapat dengan EVOS SG mewakili tuan rumah (Singapura).

M2 akan dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 akan diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+