M2: Pasukan Alter Ego mara ke peringkat seterusnya

Tiada jalan mudah untuk menang. Begitu juga dengan pasukan Mobile Legends dari Indonesia, Alter Ego.

Mereka berjaya menewaskan wakil Filipina, Omega Esports, 2-0 sekali gus menunjukkan jalan keluar dari kejohanan dunia Mobile Legends, M2.

Perlawanan kali ini terasa agak mudah buat mereka kerana prestasi Yam yang semakin baik sejak semalam. Yam kini senada dengan ahli-ahli pasukannya yang lain, mempamerkan prestasi hebat.

M2 dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari hingga esok dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+