M3: Alberttt adalah Jungler terbaik dunia – Clayyy

Kekuatan pasukan RRQ Hoshi semakin ketara selepas pertemuan dengan Team SMG. Paquito yang digunakan oleh Alberttt berjaya mendapatkan maniac sebanyak 2 kali di dalam perlawanan best of one itu.

Kemahiran mekanikal dan pemahaman beliau tentang Paquito tidak perlu disangkal lagi. Beliau bijak menggunakan skill dan combo Paquito untuk menumbangkan musuh.

Bukan itu sahaja, Ling sering di ban oleh pasukan lawan apabila mereka bertemu RRQ Hoshi. Pihak lawan tidak mahu memandang rendah kekuatan Alberttt menggunakan Ling.

Menurut Clayyy, beliau iktiraf Alberttt sebagai jungler terbaik di dunia. “Saya setuju dengan status Alberttt sebagai jungler terkuat di dunia, tetapi dia baru benar-benar layak mendapatkan gelaran itu selepas menjadi juara M3.” ujarnya.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+