M3: BTK dihantar ke lower bracket

Permainan permulaan peringkat playoff hari kelapan menyaksikan pasukan ONIC PH akan bertemu dengan jaguh dari Amerika Utara iaitu BTK.

Selepas menewaskan pasukan Blacklist International, pasukan BTK dilihat sebagai pencabar baru yang sangat kuat dan tidak dapat diduga kekuatan mereka.

Namun begitu, ONIC PH dapat membaca segala gerakan pasukan BTK di dalam perlawanan untuk menewaskan mereka pada perlawanan pertama dan kedua.

Pasukan BTK sedikit tertekan kerana mereka perlu mendapatkan 3 kemenangan untuk menempah slot di Grand Final.

Perlawanan ketiga diteruskan dengan penggunaan Hayabusa sebagai jungler oleh ONIC PH. Mereka juga membawa masuk Valir sebagai roamer kali ini.

Pasukan ONIC PH mendominasi di minit awal permainan dengan mengambil objektif dan mengawal peta.

BTK membalas kembali asakan itu untuk menjadikan situasi berpihak pada mereka dengan bantuan feathered air strike yang sangat baik dari Zia.

Luminous Lord berjaya diambil pasukan ONIC PH pada minit ke-21 untuk mendapatkan mereka kemenangan.

ONIC PH kini mara ke peringkat Grand Final sementara pasukan BTK akan jatuh ke lower bracket untuk bertemu dengan pemenang dari perlawanan Blacklist International menentang EVOS SG.

Tahniah diucapkan kepada pasukan ONIC PH kerana mereka berjaya layak ke Grand Final dan membuktikan mereka pasukan yang sangat kuat ketika ini.

 

 

RELATED NEWS

+