M3: Kami terkenal di negara timur tengah – GX Squad

GX Squad adalah pasukan yang berasal dari Timur Tengah untuk mewakili benua itu Kejohanan Dunia M3 selepas pasukan Akatsuki gagal untuk mengikuti syarat-syarat yang ditentukan oleh Moonton.

Pemenang tempat ketiga di MPL Mena ini mengakui bahawa GX Squad sangat popular di negara Timur Tengah dan mereka adalah salah satu pasukan yang berada di kedudukan teratas.

Kenyataan itu dibuat oleh salah seorang pemain mereka iaitu Amuni dalam satu sidang media yang diadakan pada minggu lalu.

“GX Squad adalah pasukan yang cukup terkenal di Timur Tengah. Pasukan ini sudah bermain selama 2-3 tahun di server kami. Kami sedar ramai orang yang tidak tahu tentang GX Squad kerana belum mendapat kesempatan untuk melakukan debut di dalam pertandingan antarabangsa.

“Semoga kami akan dapat memberikan yang terbaik buat pertandingan kali ini. Malang sekali kerana ada ahli pasukan kami yang tidak dapat mengikuti ke M3 oleh kerana beliau sedang belajar dan juga bekerja,” katanya.

Adakah pasukan GX Squad akan memberikan tentangan hebat kepada pasukan-pasukan lain di Kejohanan Dunia M3? Di saat ini, mereka pasti ingin membuktikan mereka adalah pasukan yang layak untuk menggantikan pasukan Akatsuki di pertandingan berprestij antarabangsa ini.

RELATED NEWS

+