M3: Mobazane menggila, BTK hantar pasukan tuan rumah ke lower bracket

Permainan terakhir di peringkat playoff hari keenam menyaksikan pasukan tuan rumah iaitu EVOS SG akan bertemu dengan pasukan BTK.

Perlawanan pertama dan ketiga memberikan kelebihan kepada pasukan BTK dengan aksi Roger yang mengganas di dalam peta.

BTK sekali lagi membawa masuk Roger untuk digunakan oleh Mobazane di dalam perlawanan keempat. Mereka mempunyai kelebihan di minit awal permainan.

Selepas Beatrix berjaya mendapatkan barang core yang diperlukan, keadaan mula menjadi sukar buat pasukan EVOS SG.

Mereka sering mengalami kekalahan walaupun Black Dragon Form digunakan untuk menganggu pasukan BTK.

Lord pertama berjaya diambil pasukan BTK selepas EVOS SG sibuk untuk menumbangkan Victor di bahagian atas.

Pasukan BTK akan bertemu dengan ONIC PH selepas ini. Mereka hampir untuk ke peringkat Grand Final.

Ternyata pasukan BTK membuktikan mereka adalah pencabar baru yang harus diberikan fokus oleh pasukan dari Asia Tenggara.

Foto: Moonton Games

 

RELATED NEWS

+