MAB Esports juara kelayakan tertutup MPL MY S9

Selepas slot pasukan Mikey ditarik balik pada Jumaat kerana faktor menipu dalam perlawanan, akhirnya pusingan kelayakan MPL MY S9 diadakan kembali antara Team Lemah lawan MAB Esports.

Nyata, perlawanan ini berpihak kepada MAB Esports dengan kemenangan skor 2-0.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Ini bermakna secara teknikalnya, Orange Esports perlu mencari ahli-ahli baru kerana kolaborasi mereka bersama MAB Esports tidak lagi relevan atas kemenangan untuk slot ini.

Namun, kita harus menantikan pengumuman rasmi daripada Orange dan MPL MY terlebih dulu. Sementara itu, tahniah diucapkan kepada MAB Esports!

MPL MY S9 akan bermula pada 18 Februari ini, mengumpulkan 10 pasukan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM418,000).

Foto: MAB Esports

RELATED NEWS

+