Maharaja Soloz dapat sneakers Wild Rift

Siapa tak kenal Mohd Faris Zakaria (Soloz)? Beliau adalah penghibur penstriman langsung (streamer) Facebook Gaming nombor satu di Malaysia!

Sempena pelancaran League of Legends: Wild Rift tak lama lagi, Riot Games mengumumkan Soloz antara pempengaruh di Asia Tenggara yang akan menerima kasut sneakers yang diubah sendiri. Kasut itu direka oleh SBTG yang menggunakan Nike Air Force 1 dan menampilkan ukiran Wild Rift dalam warna biru dan emas.

Kasut itu juga memaparkan tampalan nama Soloz di tepinya dan tag SBTG Deubré yang boleh ditemui di tali kasut.

Wild Rift akan dilancarkan beta terbukanya pada 27 Oktober ini yang mana semua pemain Malaysia boleh bermain tanpa perlu ada jemputan.

Soloz bukan saja pempengaruh tapi juga pemain profesional Mobile Legends sebelum ini bersama Team Bosskurr.

Beliau pernah memenangi anugerah dari Malaysian Book of Records dan kini mencatatkan pengikut yang ramai di Instagram dan Facebook yang melebihi 1 juta.

Tahniah Soloz!

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+