Pemain profesional League of Legends dari Invictus Gaming, Leyan baru-baru ini digantung dua perlawanan League of Legends Pro League (LPL) dan dikenakan denda dari Riot Games.
Leyan membuat satu tindakan tidak senonoh ke atas patung beruang gergasinya ketika stream.
Pemain itu juga ditangkap menghisap vape di atas pentas LPL selepas kekalahan mereka.
Denda yang dikenakan ke atas Leyan adalah sebanyak 50,000 Yuan (RM33 ribu) yuan dan pasukannya didenda sebanyak 20,000 Yuan (RM13 ribu).
Leyan juga digantung dua perlawanan dari bermain dalam liga LPL di mana dua perlawanan itu adalah permainan Best of 3.
Pemain jungler itu didenda pada 23 April dan Invictus Gaming juga ada mengeluarkan kenyataan mengenai Leyan di Weibo.
“Baru-baru ini, Leyan ditangkap membuat perkara yang tidak senonoh dan juga sudah banyak melakukan kesalahan ketika acara siaran langsung.
“IG E-sports Club sudah menegur dan menasihatinya. Kami juga membuat keputusan untuk menolak gajinya selama dua bulan dan memberikan semua penalti dari Riot Games,”
Leyan setakat ini masih belum mengeluarkan komen mengenai pergantungan ini atau permohonan maaf.
Dia bagaimanapun ada membuat sedikit penjelasan mengenai perkara ini dalam satu stream pada 21 April.
“Ini bukanlah apa yang orang sangkakan. Beruang itu terlalu besar. Dengan musik yang bermain pada masa itu, saya cuma rasa beruang itu comel, saya terus memeluknya dan menggoncang beruang itu,”
Leyan bermain sebagai pemain profesional sejak tahun 2018 lagi dan mula bermain dengan Invictus Gaming pada tahun 2019.