VCT PACIFIC Stage 1 & 2 : Semua yang anda perlu tahu

VCT Pacific Kickoff baru sahaja tamat dan Gen.G dan Paper Rex bakal ke Masters Madrid.

Tetapi musim masih belum berakhir untuk Pacific buat pasukan lain.

VCT Pacific Stage 1 akan bermula tidak lama lagi dan berpeluang untuk pergi ke acara global seterusnya iaitu Masters Shanghai.

Mengikuti Masters Shanghai, VCT Pacific Stage 2 akan bermula di mana setiap pasukan bakal berlawan untuk merebut hadiah wang terkumpul AS$250 ribu (RM1.2 juta).

VCT Pacific Stage 1 dan 2 akan dianjurkan di Coex Artium di Seoul, Korea Selatan.

Lokasi untuk Grand Finals Stage 2 akan diberitahu nanti.

Format Stage 1 & 2

Dalam Stage 1, pasukan akan dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan.

5 kumpulan Alpha dan 5 kumpulan Omega.

Pasukan Alpha akan berlawan dengan pasukan Omega dalam single round-robin, dan siri tiga terbaik.

Tiga tempat teratas akan layak ke Playoffs dan hanya disebabkan tiga slot sahaja yang ada, pasukan perlu berlawan double elimition breacket untuk ke Masters Shanghai.

Stage 2 akan menggunakan format Alpha dan Omega sama cuma kali ini pasukan akan berlawan dengan kumpulan mereka sendiri.

Enam pasukan teratas di Stage 1 dan 2 akan layak ke Stage 2 Playoffs.

VCT Pacific Stage 1 akan bermula pada 6 April sehingga 12 Mei.

  • Peringkat Kumpulan : 6 April – 29 April
  • Playoffs: 3 Mei – 12 Mei

Perlawanan Stage 1 peringkat kumpulan dan Playoffs akan bermula pada pukul 17:KST atau 16:00 GMT+8 waktu Malaysia.

Stage 2 akan bermula pada 15 Jun sehingga 21 Julai.

  • Peringkat Kumpulan: 15 Jun – 8 Julai
  • Playoffs: 12 Julai ke 21 Julai

Tarikh ini tidak termasuk Finals pada 20 dan 21 Julai yang juga akan bermula pada jam 17:00 KST atau 16:00 GMT+8 waktu Malaysia.

Masa untuk Lower Finals dan Grand Finals akan diumumkan kemudian.

Tiket boleh dibeli mulai 18 Mac ini mulai jam 1 petang waktu Malaysia di laman rasmi tiket VCT Pacific.

Aktiviti di VCT Pacific

Selain daripada perlawanan VCT Pacific, peminat di sana juga boleh menyertai beberapa aktiviti yang akan ada termasuk:

Pameran Team Capsule

  • Pameran ini akan memaparkan Classic skin pasukan, card flags pemain, dan spray.

Kedai Riot Games dan Kedia VCT Pacific Team Merch

  • Anda boleh dapatkan barangan eksklusif yang akan dijual di sana seperti baju, topi dan tactibears.

Gerai Foto

Dinding Tandatangan

Anda boleh ke laman rasmi ini untuk mengikuti siaran langsung VCT Pacific nanti di AfreecaTV, Twitch dan YouTube.

RELATED NEWS

+