Malaysia Esports Awards membawakan 16 Kategori dengan 22 Panel Juri

Ambang anugerah Malaysian Esports Awards akan hadir dua minggu sahaja lagi.

Semua penyumbang terhebat dunia e-sukan Malaysia bakal hadir ke anugerah berprestij ini.

Inilah 16 kategori anugerah yang akan dipertandingkan di Malaysia Esports Awards 2023. Ia bukan sahaja terbahagi kepada kategori atlet tapi juga dengan kategori memfokuskan sumbangan dari organisasi, kelab pasukan dan media.

Image from Malaysia Esports Awards

Pengundian untuk semua kategori juga sudah ditutup dan pemenang akan ditentukan oleh barisan panel serta jumlah undi diperoleh.

Bagi memastikan pengadilan yang adil dan telus, Malaysia Esports Awards memilih sendiri 22 panel juri dari pertubuhan kerajaan, organisasi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemegang taruh industri.

Ini kesemua 22 barisan panel untuk Malaysia Esports Awards.

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/1208866/5c96.jpg

Antara panel hakim yang dikenali ramai adalah Abang Lord(pengasas MAB Esports), MasterRamen (pengasas platform E-Sukan di FB), Flava (hos serba boleh), Megat Danish (pengasas bersama Team Path VALORANT) dan ramai lagi yang sudah semestinya dikenali ramai dalam industri e-sukan Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube Malaysia Esports Awards.

RELATED NEWS

+