Program Selangor XTIV 2023 Robotic Esports Skill berlangsung dengan meriah pada Sabtu dan Ahad lalu. Kejohanan e-sukan seperti PUBG Mobile dan MLBB dianjurkan begitu juga dengan pertandingan tamiya dan robotik bagi para pelajar.
Ia dirasmikan oleh EXCO Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, YB Mohd Khairuddin Othman.
Sebanyak lebih 1,000 penyertaan dicatatkan untuk kesemua kategori.
Di bawah adalah senarai pemenang bagi kategori MLBB dan PUBG Mobile.
MLBB
1. Juara – Monster Vicious
2. Naib juara – MV Origins
3. Team Eldians
PUBG Mobile
1. Minz Poke
2. PEA X SME Baruz
3. Don’t Break Dreams
Pada fasa kedua acara ini, ia akan diadakan di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh pada 22 dan 23 Julai ini.
Seperti di lokasi pertama, program pada hujung minggu ini akan menampilkan sesi perkongsian dari speaker yang akan membahaskan isu dalam e-sukan.
Bukan itu saja, akan ada pelbagai aktiviti boleh dicuba antaranya PS5 VR headset, racing simulator, FIFA dan pelbagai lagi. Anda juga boleh menyertai challenge untuk menjadi seorang pengulas dan mengetahui info-info menarik mengenai industri e-sukan.
Tak dilupakan juga persembahan artis yang akan diadakan. Jangan lupa join pada 22 dan 23 Julai ini!
Anda masih boleh mendaftar untuk kejohanan PUBG Mobile dan MLBB di pautan INI. Hadiah terkumpul RM24,000 tu!