Sony melafazkan talak cerai kepada Marvel sekaligus memisahkan watak Spider-Man dari Marvel Cinematic Universe (MCU) dan meletakkan filem Spider-Man seterusnya dalam bahaya."> Sony melafazkan talak cerai kepada Marvel sekaligus memisahkan watak Spider-Man dari Marvel Cinematic Universe (MCU) dan meletakkan filem Spider-Man seterusnya dalam bahaya." /> Sony melafazkan talak cerai kepada Marvel sekaligus memisahkan watak Spider-Man dari Marvel Cinematic Universe (MCU) dan meletakkan filem Spider-Man seterusnya dalam bahaya." />

Marvel Dan Sony Kembali Bekerjasama Untuk Spider-Man 3!

Pada bulan lepas, peminat berasa kecewa Sony melafazkan talak cerai kepada Marvel sekaligus memisahkan watak Spider-Man dari Marvel Cinematic Universe (MCU) dan meletakkan filem Spider-Man seterusnya dalam bahaya.

Namun, ini cuma buat sementara sahaja. Baru-baru ini, Sony telah merujuk balik dengan Marvel untuk kembali bersama-sama menghasilkan filem Spider-Man ketiga. 

Berita ini disahkan oleh Variety bahawa kedua-dua syarikat hiburan gergasi ini mengumumkan Marvel Studios bersama presidennya, Kevin Feige akan menerbitkan filem ketiga untuk siri Spider-Man: Homecoming. Tom Holland boleh menghela nafas lega kerana dia akan kembali berayun sebagai Spider-Man.

Spider-Man: Far from Home

Ini semestinya rundingan adil dari kedua-dua belah pihak berbanding dengan rundingan lepas. Sebelum ini, Disney mahu memegang separuh bajet kewangan dengan Kevin Feige tetap jadi sebagai penerbit lalu menyebabkan Sony tidak senang hati dengan cadangan ini.

Di samping penerbitan Marvel Studios dan Pascal Studios, Marvel dan Disney akan menerima 25 peratus keuntungan dan Disney juga akan mengekalkan hak barangan cenderamata yang mengambil kira-kira suku daripada pelan kewangan. Tambahan pula, Spider-Man bakal akan muncul dalam salah satu filem Marvel Studios. 

Bagi yang masih lagi rasa keliru, adiwira Spider-Man ini telah menjadi hak Sony apabila syarikat ini telah membeli lesen daripada Marvel kira-kira 20 tahun lalu iaitu sebelum Disney membeli Marvel pada tahun 2009.

Selepas penglibatan Marvel Studios dan Sony, penampilan Tom Holland sebagai Spider-Man dalam filem-filem Avengers dan juga dilantik sebagai ahli Avengers berjaya mengaut keuntungan banyak dalam filem pertamanya, Spider-Man: Homecoming pada 2017. Kemudian, kejayaan itu juga berlipat kali ganda untuk filem seterusnya, Spider-Man: Far from Home yang baru ditayangkan pada tahun ini.

Filem Spider-Man ketiga dijangka akan ditayangkan pada 16 Julai 2021.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+