Master Roshi akan diperkenalkan dalam Dragon Ball FighterZ pada bulan September

Watak terkenal Dragon Ball Master Roshi akan dimasukkan dalam Dragon Ball FighterZ pada bulan September ini. Dia merupakan watak kandungan tambahan ketiga dalam FighterZ Pass 3.

Perkara ini diumumkan semalam melalui sebuah trailer pengumuman. Antara kuasanya yang ditunjukkan dalam trailer tersebut ialah Evil Containment Wave. Kuasa ini pernah digunakan oleh Master Roshi untuk cuba mengalahkan King Piccolo.

Sebelum ini, dua watak kandungan tambahan yang diperkenalkan dalam FighterZ Pass 3 adalah Kefla dan Goku Ultra Instinct. Dua lagi watak baharu akan diperkenalkan pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+