Dragon Ball Game: Project Z Diumumkan Dengan Trailer Terbaru

Bagai bulan jatuh ke riba. Itulah yang peminat Dragon Ball Z rasa sekarang ini.

Pertamanya, kita dapat tahu yang musim kedua untuk Dragon Ball FighterZ akan muncul dengan karakter baru Jiran dan Videl serta versi baru Gogeta dan Broly. Tapi hari ini, ada permainan baru yang berjudul Dragon Ball Game: Project Z.

Dengan menceritakan kisah asal Z (mengikut rentetan peristiwa Dragonball), korang boleh saksikan trailer di bawah untuk footage terbaru.

Dikatakan, permainan ini akan hadir pada tahun ini.

Project Z memulakan naratif dan pengenalan Gohan berjumpa Goku yang bermeditasi, mengejutkannya sebelum nampak Piccolo keluar daripada awan. Mereka berdua nampaknya bersedia seakan ada pertarungan besar.

Kemudian naratif menceritakan “Ini adalah kisah Dragon Ball yang misteri. Kisah mengenai keazaman, putus asa dan harapan.”

Karakter lain termasuk Vegeta, Frieza dan beberapa yang lain. 

Permainan video ini akan dikeluarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC dan dibangunkan oleh CyberConnect 2.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+