Matagi Snipers adalah pasukan e-sukan baru dari Akita, Jepun di mana semua pemainnya adalah warga emas.
Mereka mahu menunjukkan bahawa mereka juga mampu untuk jadi pasukan e-sukan yang besar.
本日は練習生のみなさま、初練習です!!
キーマウの接続から始めた本日ですが!
なんとビクロイです!!おもしぇ〜!!!と、しったげ盛り上がっております! pic.twitter.com/f4VaVNuY63
— 【公式】マタギスナイパーズ (@MATAGI_Snipers) September 24, 2021
Kelihatan Matagi Snipers mendapat Victory Royale dalam Fortnite.
Kita semua tahu para gamers sudah semestinya tidak menyangka warga emas akan membuat satu pasukan e-sukan untuk bermain.
Berumur dari 66 hingga 73 tahun, lapan pemain sudah diterima untuk masuk ke dalam pasukan Matagi Snipers dari 20 penyertaan.
NHK juga memberitahu mereka dipilih berdasarkan kecekapan dan kehebatan mereka bukan hanya melalui kekerapan bermain.
Malah salah seorang dari lapan pemain itu tidak pernah bermain permainan video.
“Sehingga kini saya tidak pernah bermain permainan video,” ujar Eba.
Eba memberitahu hal ini tidak akan menghalangnya sebaliknya bermain permainan video bagus untuk kordinasi mata dan membuatkan dirinya banyak berkomunikasi tentang strategi bersama rakan pasukan.
Kotaku juga memberitahu terdapat satu fasiliti latihan di Kobe untuk warga emas yang mahu memasuki hobi bermain permainan video.
Matagi Snipers akan bermula penstriman di Twitch nanti pada bulan hadapan.
Rujukan: Kotaku