PUBG Mobile antara permainan mudah alih yang sering berkolaborasi bersama jenama-jenama lain agar permainan kekal seronok dan sentiasa diperbaharui. Kini, ia mengumumkan ia bakal berkolaborasi dengan watak hero kegemaran ramai iaitu Spider-Man!
Everyone’s favorite friendly neighborhood Spider-Man is swinging into action and coming to PUBG MOBILE soon! 🕸️
Check out Spider-Man in theaters and obtain a free Spider-Man graffiti in the game’s preheat event soon!#PUBGMOBILE #SpiderManNoWayHome #PUBGMXSpiderManNoWayHome pic.twitter.com/HEXmvOoIRl
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) December 10, 2021
Kemaskini ini akan memperkenalkan item eksklusif seperti graffiti serba baharu dengan menyelesaikan misi dalam permainan. Spider-Man yang akan datang ke PUBG Mobile dengan kemaskini 1.8 berkemungkinan akan menyertakan lebih banyak cabaran untuk barangan kosmetik yang semakin bernilai.
PUBG Mobile baru-baru ini berkolaborasi dengan League of Legends, tetapi kolaborasi lain yang dikenali yang bekerjasama dengannya pada masa lalu termasuk Resident Evil, Godzilla, The Walking Dead dan juga Mountain Dew.
Spider-Man baru-baru ini juga berkolaborasi dengan Fortnite sebagai sebahagian daripada keluaran baru Chapter 3 permainan itu dan menjadi sebahagian daripada Battle Pass serta membawa bangunan Daily Bugle ke Fortnite.
Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam bermula 15 Disember dan kolaborasi Spider-Man kepada berbilang permainan battle royale mungkin menarik minat ramai peminat superhero itu untuk mencuba kedua-dua permainan battle royale ini.
Sumber rujukan: Twitter