Selepas sembilan tahun berada dalam arena kompetitif Dota 2, Lasse Urpalainen (MATUMBAMAN) mengumumkan persaraannya.
Dalam satu video di The International 2022, dia mengumumkan ini adalah kejohanan terakhir bersama Team Liquid dan sebagai pemain profesional. Namun, harapannya untuk menjulang Aegis of Champions sebelum bersara tidak menjadi kenyataan kerana Team Liquid tewas di tangan Team Secret di lower bracket final.
Top 3 once again, was one hell of a run. I cannot imagine a better way to end ones career. Thanks for the enormous support I have received during this event and the past 7 years. Bittersweet moment but I have no regrets. Thank you all and see ya.
— Lasse Urpalainen (@MATUMBAMAN) October 30, 2022
MATUMBAMAN bagaimanapun berjaya menjulang Aegis buat pertama kali bersama pasukan sama pada tahun 2017 yang mana pada ketika itu mereka melawan pasukan China, Newbee.
Pastinya persaraan MATUMBAMAN ini sangat menyedihkan buat Team Liquid. Terima kasih kerana sudah mempamerkan gameplay yang hebat, MATU.