Discord selalu digunakan oleh ramai orang tidak kira untuk berkomunikasi ketika bermain permainan video atau hal lain.
Kadang-kadang anda hanya mahu lepak bercakap sedikit tetapi akan ada seorang yang pasti akan mengganggu keadaan.
Namun jika anda selalu lepak di Discord sudah pasti akan ada seorang ‘kawan’ di Discord yang boleh membuatkan anda gila.
Dari mikrofon pecah yang membingitkan telinga sehingga percakapan tidak berhenti sudah pasti ada seorang yang anda kenal di Discord berperangai sebegitu.
Drizzlingbear di Tiktok membuat satu video Tiktok mengenai seorang kawan yang selalu mengacaunya ketika berada di dalam Discord.
@drizzlingbear They dont seem to understand boundaries. #discord #discordmeme #tiktok #tiktokfyp #twitch #twitchmalaysia #fyp #fypmalaysia ♬ original sound – DriZzlingBeAr
“Mereka seolah-olah tidak faham batas,” tulis kapsyen Tiktok itu.
Sudah pasti perkara sebegini akan berlaku namun apa yang anda boleh buat hanya menegur atau abaikan sahaja.
Malah ada juga rakan Discord anda yang hanya masuk jika anda ada di dalam voicechat dan tidak bersosial dengan ahli Discord yang lain.
Pengalaman apa lagi yang pernah anda rasa di Discord?