“Anjing itu cedera, saya hanya membantu,” – Sharina

Berikutan isu kelibat anjing dalam bilik penstriman pemilik pasukan Richie Esports, Sharina Richie, dia menyatakan anjing itu dibawa masuk kerana cedera parah ketika ditemui beberapa hari sebelumnya.

“Pada satu hari saya berjalan di kawasan perumahan dan terjumpa seekor anjing yang cedera.

“Badan anjing itu mempunyai luka seolah-olah ia baru sahaja digigit. Pada ketika itu, saya sendiri tidak mengetahui siapakah tuannya.

“Saya mengambil keputusan untuk bawa balik anjing itu pulang ke rumah,” katanya dalam satu video balas di TikTok.

Sharina juga menjelaskan kenapa anjing itu ada di dalam rumahnya seperti di dalam video yang tular baru-baru ini.

“Selepas membawa anjing itu pulang ke rumah, saya sudah menghubungi klinik veterinar di Shah Alam untuk membuat temu janji pada esok hari.

“Pada masa sama, saya kena strim pada petang itu. Jadinya, itu lah sebab kenapa anjing itu ada di belakang ketika saya strim. Kami kena pastikan ia makan dan minum kerana keesokan harinya kami nak bawa ke klinik,” ujarnya.

Anda semua boleh menonton video penjelasan Sharina di sini.

@shaarichie Tak miskin pun kalau Buat baik dgn semua binatang. #shaarichie ♬ original sound – Sharina Richie

Sharina bagaimanapun sudah menghubungi rakan berbangsa Cina untuk mengambil anjing itu bagi tujuan penjagaan selama dua minggu hingga sembuh sepenuhnya.

Kami juga mendapatkan Mufti Pahang bagi memberikan jawapan berkenaan isu ini.

Artikel berkaitan: Mufti Pahang jawab isu selamatkan anjing dan membawa masuk ke dalam rumah

Foto: Instagram Sharina

RELATED NEWS

+