4 aplikasi terbaik untuk anda mencari rakan ‘gaming’ selain Discord

Bosan bermain ‘game’ seorang diri? Nak cari rakan-rakan ‘online’ untuk bermain permainan video dalam talian seperti Call Of Duty?

Ini senarai empat aplikasi untuk mencari rakan ‘gaming’ selain Discord.

1. Gamerlink

Gamerlink adalah aplikasi rangkaian sosial permainan yang membantu pemain berhubung, mencari dan berinteraksi dengan pemain yang lain.

Tujuan aplikasi ini untuk menghubungkan pemain dengan kemahiran yang sama dan gaya permainan yang sama.

Ini termasuklah di platform Xbox, PlayStation, PC dan mudah alih.

Ia menyokong lebih 280 permainan di platform-platform utama.

Jika anda ingin mencari rakan sepasukan yang ‘sekepala’, anda boleh memuat turun di aplikasi App Store dan Playstore.

2. Gametree

GameTree ialah aplikasi baru untuk pemain yang membantu mencari rakan dan permainan yang ingin anda mainkan.

Keunikan aplikasi ini ialah kebolehan anda untuk mencari rakan berdasarkan personaliti mereka.

Kuiz personaliti boleh membantu anda mengetahui sejauh mana anda dan rakan anda akan bersosial.

Aplikasi ini akan meminta anda menyertai kuiz agar dapat menemukan orang yang berfikiran sama seperti anda.

Ini membolehkan anda menyediakan sesi di mana anda boleh memberitahu pemain lain permainan yang anda sedang mainkan, berapa lama anda akan bermain dan bilangan pemain yang masih anda perlukan untuk bermain di pasukan anda.

Anda boleh mendapatkannya di aplikasi PlayStore dan AppStore secara percuma.

3. PLINK

PLINK adalah impian para ‘gamers’ menjadi kenyataan.

Anda tidak perlu risau tentang bermain bersendirian kerana algoritma carian mereka akan menganalisis kebolehan permainan dan memadankan anda dengan rakan sepasukan yang terbaik.

Melaluinya, anda boleh membentuk pasukan sendiri dengan ramai pemain di sini.

PLINK juga mempunyai perbualan suara (voice chat) berkualiti tinggi, sembang berkumpulan dan mesej peribadi.

Aplikasi ini tersedia di Play Store dan App Store.

4. WeGamers

WeGamers adalah aplikasi komuniti sosial untuk ramai orang selain ‘gamers’.

Anda boleh mempelajari taktik daripada penstrim dan pemain lain dalam komuniti ini.

Ia menawarkan tips untuk membantu pemain di seluruh dunia dengan meningkatkan pengalaman permainan mereka.

WeGamers juga menyediakan artikel seperti tips untuk anda menambah ilmu pengetahuan dari pemain lain.

Ia boleh didapati di aplikasi Playstore dan Appstore.

 

Foto: Shoor.com

Sumber Rujukan: unblnd.com 

RELATED NEWS

+